Sunday, May 10, 2009

Keyakinan

Projek pertama UPE dianggap berjaya , untuk apa jua langkah pertama dalam kehidupan , kejayaan tidak diukur dari segi material sangat tetapi dari segi keberhasilan melengkapkan perkerjaan itu sendiri. Lega benar mendengar khabar gembira daripada usahawan UPE yang ke pantai Timur mengatakan bahawa semua sukses di sana ! Dan aku percaya , pengalaman yang dikutip amat berharga. Seperti kata Kiyosaki dalam bukunya , "What is more important is the process of doing the job " . Kalau dulu kita hanya melihat usahawan lain menitiskan peluh , kini kita pula yang berpeluh menyempurnakan usaha kita sendiri. Memang, upah dan untung memang sedikit tetapi kita sudah melakukannya ! Itu yang penting.

Dalam melangkah ke projek seterusnya , banyak juga antara kita yang berada dalam persimpangan . Adakah usaha ini akan terus membuahkan hasil ? Atau berbaloikah aku berjalan di landasan perniagaan ini ...dan berbagai - bagai lagi persoalan. Bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dengan dunia tidak-mesra-kilang ini , inilah antara persoalan yang menujah fikiran.
Namun, aku percaya , selagi kita berusaha kita akan berjaya . Cuma lambat atau cepat , kencang sederas kuda atau lambat selonglai kongkang ....dan keyakinan adalah sesuatu yang amat amat penting sekarang ini juga semangat tolong-menolong .
Seperti kata falsafah guru " Keyakinan tidak akan wujud selagi anda boleh lakukan , itulah keyakinan"

Pergeh UPE!

No comments:

Post a Comment