Hari ini adalah hari bersejarah yang berdarah bagi Malaysia 40 tahun yang lalu , tragedi 13 Mei 1969 tidak akan dilupai oleh sesiapa sahaja yang melalui zaman itu. Didoakan kita tidak akan lagi melalui azab tersebut sampai bila-bila . Keamanan adalah suatu yang mesti dikekalkan dan keinsafan itu adalah suatu kemestian .
Hari ini juga adalah hari bersejarah bagi Ultimate Provider Enterprise kerana berjaya mengorak langkah dunia perniagaan yang baru. Sekurang-kurangnya tapak kedai comel di Fakulti Alam Bina dalam genggaman.
Syabas kepada Pengurus Perhubungan Awam kita Saudara Anwar kerana berjaya 'memaksa' En Jalil al-sepupu-Al-Mufti mengangkat panggilan telefonnya lantas melayan permintaan kami untuk melihat tapak kedai.
Tapak kedai UlCopie (Ultimate Copier) memang strategik , dekat dengan Khutubkhanah dan surau , hampir dengan pusat sumber dan kemudahan lain seperti laluan pejalan kaki dsb. Apa lagi berbagai ide menujah-nujah ruang pemikiran 4 kepala bekas-bekas jurutera kilang Qimonda ini....kos mesin, kos selenggara , pekerja dan macam-macam lagi.
Sungguh mengujakan !
Jika kami masih di kilang mungkin peluang seperti ini tidak akan menggerakkan kami ke mana-mana selain ke barisan pengeluaran (maksudnya dalam bahasa Keyo 'production line'). Ada hikmahnya juga walaupun peristiwa kena buang itu masih berbekas di jiwa .
Seperti kata falsafah guru " langkah pertama itu adalah harapan , sedangkan tidak melangkah langsung tidak ada harapan "
Langkah pertama adalah Ultimate Provider Express dan ia projek Ulcopi ini mampu memperkuatkan lagi pautan sauh Ultimate Provider Express di komuniti UTM . Dulu UPE bom UTM dengan poster sekarang 'periuk api' terus di kampus !! Syabas pada Cifu Syaifu , Fahmi , Fida dan YB atas semangat dan kerjasama jitu kalian.
Apa lagi geng , mulalah cairkan otak untuk semua checklist and readiness untuk UlCopie
Coffee & UlCopie ..enlighten your varsity life ....
Ingat Copier Ingat UlCopie
Pergeh !!!!
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Itulah untungnye kita melantik seorang Ibu yang tinggi lampai berketurunan Jawa sebagai MD a.k.a editor UPE.. bab karang mengarang memang specialist.. Go UPE Go!! Peluang sudah di depan mata.. usah pandang belakang.. hayunkan langkah menuju kehadapan.. kepuncak kejayaan..!!
ReplyDeleteULCopie??? hmm unik skali.. sjak biler dapat nama ni?? hehe.. mcm tongkat ali kape pon ade..
ReplyDeleteYa.. Tahniah juga kepada tukang editor blog kita.. All the best 4 all!!
uiks.. knape nama aku jadik serunding da..
ReplyDeleteada chemistry ni..